10 KEGUNAAN UBAT KUMUR YANG PATUT LELAKI TAHU





Kebiasaan ubat kumur digunakan di sekitar ruang dalam mulut untuk menghilangkan bau yang tidak enak di dalam mulut disamping untuk membunuh kuman di dalam mulut kita

Tapi tahukah korang, selain untuk tujuan di atas, ubat kumur juga boleh digunakan untuk perkara lain






1. MEMBERSIHKAN BERUS GIGI

Setelah korang memberus gigi dan berkumur, pernahkah korang terfikir bahawa di berus gigi korang pun terdapat kumat? So korang boleh membersihakan berus gigi korang dengan cara merendamkan berus gigi korang di dalam ubat kumur selama lebih kurang 10 minit

2. MEMBASUH BILIK AIR

Tuang setengah gelas Ubat Kumur di atas lantai dan basuh seperti biasa. Bilik air korang akan bersih dari kuman dan akan berbau wangi




3. ANTISEPTIK UNTUK LUKA

Kandungan utama dalam Ubat Kumur adalah antiseptik. So korang boleh sapu pada tempat luka untuk elakkan kuman

4. MEMBERSIH CERMIN

Caranya dengan tuang sedikit Ubat Kumur di kain dan lapkan pada cermin. Sure akan kilat selepas itu.




5. MENGHILANGKAN BAU BUSU KETIAK

Jika anda kehabisan deodorant, jangan panik.. Korang boleh menggunakan Ubat Kumur dengan cara meletakkan sedikit di kapas dan letakkan di bawah lengan korang

6. PENGHILANG KELEMUMUR

Korang boleh berjimat dari pergi ke saloon dengan hanya menggunakan Ubat Kumur untuk menghilangkan kelumumur korang. Lumur kan Ubat Kumur di kulit kepala dan cuci seperti biasa

7. MENGURANGKAN RASA GATAL

Jika korang digigit serangga dan berasa gatal, korang boleh menyapu Ubat Kumur di kawasan yang digigit untuk mengurangkan rasa gatal

8. PEMBERSIH SKRIN TV DAN KOMPUTER

Jika korang kehabisan cecair khusus untuk membersihkan skrin, korang boleh cuba gunakan Ubat Kumur

9. MEMBERSIHKAN MUKA YANG BERJERAWAT

Kalau korang dah penat menggunakan produk pencuci muka tapi masih belum berhasil, korang boleh cuba Ubat Kumur dengan cara menyapukan sedikit Ubat Kumur di muka dan lakukan setiap pagi dan malam. Hasilnya jerawat akan kecut sedikit demi sedikit dan akhirnya akan hilang




10. MELEGAKAN MASALAH KAKI

Tuangkan Ubat Kumur di dalam bekas yang besar dan campurkan sedikit air dan cuka putih. Rendamkan kaki selama 30minit ke dalam bekas tersebut. Segala kuman, kulat yang menyebabkan kaki berbau akan beransur hilang. Kulit kaki pun akan lebih lembut dan sihat.

Korang mesti try..Semoga bermanfaat

Comments

Popular posts from this blog

BENGKEL KEDAI TAYAR MURAH BANDAR BARU BANGI

KEDAI SERVIS AIRCORD KERETA MURAH - BANGI

BARANG YANG TIDAK DIBENARKAN BAWA DALAM KAPAL TERBANG