AQIL'S TRIP : PERJALANAN DAN HARI-HARI DI KOTA PARIS (PART 3)




Sebelum ini aku telah kongsikan perjalan Aqil di kota London (LONDON). Setelah beberapa hari di London aku pun pack balik segala luggage untuk bergerak ke Kota Paris. Aku telah lama mengimpikan untuk melihat negara-negara Eropah yang padanya terdapat tinggalan sejarah Islam termasuklah Paris. Korang boleh baca sendiri (Sejarah Islam di Perancis)(Kisah Islam di Paris). Memang terkilan sebab dulunya negara-negara ini pernah berada dibawah naungan Islam tapi itu semua hanya tinggal sejarah

Berbalik kepada perjalanan aku ini, aku bergerak dari Hotel Inn di London menaiki bas menuju ke Pelabuhan Dover. Dari Dover kami menaiki Ferri menuju ke Pelabuhan Calais yang terletak di Perancis melalui Selat Inggeris. Yeahhh..Perjalanan di Ferri mengambil masa dalam 2 ke 3 jam.

Sampai sahaja di Calais aku bergerak menuju terus ke Kota Paris mengambil masa dalam 4jam macamtu. So sehari masa memang dihabiskan untuk perjalanan ke Kota Paris dari London. Aku bermalam di Campanile Hotel terletak di Genneviliers, France





Keesokkan hari selepas sarapan aku mengelilingi Kota Paris dengan melawat tempat-tempat tarikan pelancong seperti:

1. Eiffel Tower
2. Sight Champs-Elysees
3. Arc de Triomphe
4. Opera
5. Madeleine
6. Lauvre Cathedral of Notre Dame
7. Gallerie LaFayette

Berikut aku sertakan beberapa gambar yang sempat aku ambil masa di sana. Apa pun Kota Paris ada daya tarikan sendiri tapi bagi aku Kota Paris ni tak bersih mungkin kerana ramainya warga asing yang lama menetap di sana. Korang boleh nampak la tepi-tepi jalan kotor, tilam-tilam buruk dibiarkan bersepah. Jika diberi peluang mungkin aku akan ke sini lagi










Korang boleh juga tengok video di bawah:



Akan bersambung pada entry akan datang...


Comments

Popular posts from this blog

BENGKEL KEDAI TAYAR MURAH BANDAR BARU BANGI

KEDAI SERVIS AIRCORD KERETA MURAH - BANGI

INILAH CARA CUCI SINKI PALING BERKESAN dan MUDAH